Tuesday 18 March 2014






Perbahasan mengenai apakah agenda Amerika dan Zionis mewujudkan satu kuasa pemerintahan dunia atau dikenali sebagai New World Order. Membongkar misteri yang menyeliputi peristiwa 9 September dan kenapa ia berlaku. Juga bagaimana menangkis fahaman Islamphobia yang menyatakan Islam adalah agama pengganas dan memberi jawapan kepada dunia yang termakan hujah-hujah yang tidak berasas. Bagaimana al-Quran memberikan jawapan dan paparan sebenar oleh Jerry D. Gray, mualaf yang berhijrah selepas melihat sendiri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin negaranya sendiri, Amerika Syarikat.


Kepada yang berminat boleh klik disini

ASAL USUL MELAYU


Video ini telah dikongsikan di group aplikasi LINE Raden Panji. Cuba Luangkan masa seketika. Terima kasih.

ISU AIR DI SELANGOR


Oleh Ab Jalil Backer
Sejak semalam para penyokong Pakatan Rakyat cuba memberi pelbagai alasan untuk menutup masalah mereka di Selangor iaitu krisis air yang sangat serius. Krisis ini telah dijangka akan berlaku pada 2014 sejak 2006 lagi dan kerajaan Barisan Nasional telah mengadakan pelan penyelesaian menyeluruh mengelakkan krisis ini.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.
Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Tan Sri Khalid tidak mahu melaksanakan segera kerana beliau mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.

Kerajaan Selangor memutuskan tidak memberi Kebenaran Merancang Dan Membina untuk Loji Langat 2. Loji Langat 2 merupakan bahagian penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan di proses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.
Beliau menjalankan permainan Pakatan untuk melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan Barisan Nasional.
Khalid secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. Beliau mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.

Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka. Jangan salahkan Allah atas sikap dan perangai buruk kepimpinan Pakatan.
Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Khalid melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.

Khalid tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.
Namun kejahatan dan hati busuk Pakatan dan Khalid Ibrahim akhirnya dibalas Allah. Krisis air yang dijangka menjadi kenyataan, Khalid terpaksa mencatu air. Akibatnya, kerajaan Persekutuan terpaksa membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.
Menyedari kemarahan rakyat akan bertambah besar menjelang pertengahan bulan ini, Khalid bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM 2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula “pemain industri air Selangor”.
Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.
Namun apa yang kita saksikan sejak semalam ini sikap busuk hati dan bodoh sombong penyokong Pakatan Rakyat masih berterusan menegakkan benang basah dan berbohong kepada umum bahawa ini kejayaan Pakatan dan Khalid menyingkirkan Syabas kroni Barisan Nasional.
Mereka menipu fakta bahawa penstrukturan ini dirangka dan dirancang oleh Barisan Nasional sendiri pada 2007. Mereka juga langsung tidak berasa bersalah atas sikap tidak bertanggungjawab Pakatan dan Khalid melengahkan pembinaan Loji Langat 2 sehingga menyebabkan krisis air sekarang dan kerajaan Persekutuan mengalami kerugian jutaan ringgit.

THE RED WARRIOR

Kelantan menerima kunjungan pasukan Perlis untuk satu perlawanan persahabatan yang berlangsung pada 7 Disember lalu. 

Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu mendapat sambutan hangat penyokong yang mula beratur untuk mendapatkan tiket mulai jam 3 petang. Jualan tiket terus berlangsung hingga jam 8 malam, menyaksikan stadium penuh dengan penyokong setelah sekian lama lengang.

Kelantan mengambil kesempatan untuk menguji pemain-pemain baru, termasuk dua pemain import, Dimitri Petratos dan Lek Kcira, yang diturunkan dalam separuh masa ke 2 perlawanan.



Dalam perlawanan berkenaan, Perlis ditewaskan dengan 5 jaringan gol tanpa balas. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Keita Mandjou (2 gol), Nor Farhan Muhammad, Dimitri Petratos dan Mohd Haris Safwan.

Jurulatih pasukan Perlis, Robert Scully, memuji keupayaan pemain-pemain baru Kelantan dan menganggap pertemuan tersebut sebagai satu pengalaman berharga untuk pemain-pemain Perlis yang akan beraksi di Liga Perdana Musim 2013. Beliau juga teruja dengan keadaan stadium yang dipenuhi penyokong walaupun sekadar perlawanan persahabatan.

Kelantan akan bertemu Kedah dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 12 Disember di Kota Bharu.

sumber: www.theredwarriorsfc.com

MISTERI KEHILANGAN KAPAL TERBANG MH370




Malaysia perluas area pencarian pesawat MH370 yang hilang




Merdeka.com - Malaysia memperluas kawasan pencarian pesawatMalaysia Airlines MH370 yang hilang. Sebanyak 15 pesawatditerjunkan untuk menemukan pesawat yang mengangkut 239 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 awak kabin itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan, untuk menemukan pesawat tersebut pihaknya menjalin kerja sama dengan sejumlah negara, seperti Vietnam, China, Singapura dan Amerika Serikat.

"Pesawat yang dikerahkan kerajaan adalah empat buah C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kita telah mendapat persetujuan Vietnam untuk melakukan operasi mencari di kawasan perairan mereka," ujar Tun Razak seperti dilansir dari Utusan online, Sabtu (8/3).

"Saya juga telah bercakap dengan Perdana Menteri China dan menyampaikan takziah kepada beliau kerana 153 daripada 239 penumpang MH370 ini adalah rakyat negara berkenaan. US Navy juga akan menghantar pesawat mencari manakala Singapura pula akan menghantar sebuah Charlie HC130," lanjut beliau.

Pesawat Boeing 777 yang diterbangkan maskapai Malaysia Airlines hilang sejak Sabtu pagi. Pesawat dengan nomor penerbangan MH370 itu diterbangkan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah (53) pada pukul 00.41 waktu Malaysia.

MH370 lepas landas dari Kuala Lumpur Malaysia menuju Beijing, China. Pesawat yang mengangkut 239 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 awak kabin itu seharusnya tiba di Beijing tepat pada pukul 06.40 waktu setempat. Namun, pesawat tersebut tak kunjung tiba di Beijing.

Pihak Malaysia Airlines mengaku kehilangan kontak dengan pesawat tersebut. Angkatan Laut Vietnam mengaku telah menemukan posisi pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang. Radar mereka menunjukkan pesawat itu terhempas jatuh ke laut. AL Vietnam menjelaskan pesawat jatuh ke laut sekitar 153 mil sebelah Selatan pulau Phu Quoc.

Ada tujuh penumpang yang berkewarganegaraan Indonesia dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang tersebut. Berdasar penelusuran merdeka.com, nama-nama penumpang dari Indonesia diantaranya Vinny Chynthyatio, Wang Willysurijanto, Ferry Indra Swadaya, Sugianto Lo, Firman Chandra, Siregar, Indra Suria Tanurisam, dan Herry Indra Suadaya.