Kelantan menerima kunjungan pasukan Perlis untuk satu perlawanan persahabatan yang berlangsung pada 7 Disember lalu.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu mendapat sambutan hangat penyokong yang mula beratur untuk mendapatkan tiket mulai jam 3 petang. Jualan tiket terus berlangsung hingga jam 8 malam, menyaksikan stadium penuh dengan penyokong setelah sekian lama lengang.
Kelantan mengambil kesempatan untuk menguji pemain-pemain baru, termasuk dua pemain import, Dimitri Petratos dan Lek Kcira, yang diturunkan dalam separuh masa ke 2 perlawanan.
Dalam perlawanan berkenaan, Perlis ditewaskan dengan 5 jaringan gol tanpa balas. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Keita Mandjou (2 gol), Nor Farhan Muhammad, Dimitri Petratos dan Mohd Haris Safwan.
Jurulatih pasukan Perlis, Robert Scully, memuji keupayaan pemain-pemain baru Kelantan dan menganggap pertemuan tersebut sebagai satu pengalaman berharga untuk pemain-pemain Perlis yang akan beraksi di Liga Perdana Musim 2013. Beliau juga teruja dengan keadaan stadium yang dipenuhi penyokong walaupun sekadar perlawanan persahabatan.
Kelantan akan bertemu Kedah dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 12 Disember di Kota Bharu.
sumber: www.theredwarriorsfc.com
No comments:
Post a Comment