Monday 14 April 2014

PTD 2014 : Syarat “Kelompok Elit” Diperketatkan. Perlu Sertai 12 Bulan Kursus! Peluang Kenaikan Gaji, Elaun, Kenaikan Pangkat Cepat! Berminat?


Bismillahir Rahmanir Rahim. Sekitar tahun 2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini. Pertama….
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

No comments:

Post a Comment